Program Penanaman Pokok Kebangsaan di Parlimen Malaysia
03 December 2019

Program Penanaman Pokok Kebangsaan di Parlimen Malaysia yang disertai Menteri KATS Xavier Jayakumar, anggota Jemaah Menteri dan ahli-ahli Parlimen telah dijayakan pada 3 Disember 2019.

Sebanyak 40 batang anak pokok ditanam di perkarangan Parlimen, antaranya Pokok Kebangsaan kita iaitu Pokok Merbau, pokok Chengal, Belian, Meranti Kuning dan Jelutong.

KATS menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan turut bekerjasama dengan Parlimen Malaysia dalam melaksanakan program penanaman pokok-poko​k spesies hutan yang bersesuaian di sekitar kawasan Parlimen bagi menghijaukan kawasan tersebut.

Kita pun boleh mainkan peranan menghijaukan alam bersama-sama dengan menjadikan aktiviti penanaman pokok sebagai amalan!​​​


 



Attachments